Saff kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengambil kesempatan menziarahi mantan Menteri Besar Selangor YBhg Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kediamannya Bukit Damansara.
Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan tokoh yang amat disegani menjadi Menteri Besar Selangor membawa pentadbiran kerajaan negeri ke arah lebih maju. Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) menjadi agenda utama kerajaan zaman pentadbiran beliau.
Kehadiran saff pimpinan PAS Selangor dipimpin oleh YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi Pesuruhjaya PAS Selangor dan beberapa pimpinan negeri yang lain. Turut sama hadir YBhg Us Solihen Mukhyi yang juga mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor zaman Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.
Tan Sri Khalid diuji dengan masalah kesihatan dan banyak menghabiskan masa untuk urusan rawatan pada ketika ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
5 Zulhijjah 1441H | 26 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan