Oleh : Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ku rindui masej-masej seperti ini
“Ustaz! Ana nak ikut misi bantuan banjir, Tapi biar ana selesai kerja ana sikit, buat bekalan untuk anak isteri”
Dalam Siri akhir Bantuan Banjir Negeri Kelantan Tahun 2014, Jabatan Amal Subang ditugaskan untuk membantu operasi banjir di Gua Musang, Operasi difokuskan kepada operasi pembersihan dan dapur rakyat. Dalam masa yang sama Jabatan Amal Subang masih menghantar bantuan makanan khusus dan sejumlah wang buat mangsa banjir Gua Musang.
Siri akhir ini tidak ramai yang dapat menyertai disebabkan ramai anggota atau amilin yang dah tak dapat Apply cuti lagi.
Tahun ini adalah tahun saya diamanahkan oleh Ustaz Syarhan Humaizi Halim sebagai Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor.
Group Whatsaap Semua yang Saya ada saya tembak untuk mencari siapa yang akan join misi ini dan hampir dekat ke tarikh misi namun masih tak ada nama yang nak join. Sehinggalah saya dan Arewee Kamal nak bertolak menaiki Pajero Lajen dia yg lama(kini sudah menjadi milik orang) Alhamdulillah Hairul Nizam mantan Kom mesej saya nak join misi kali ini.
Ada seorang lagi yang mesej juga kepada saya
“ Ustaz !! boleh tak kita gerak lewat sikit sebab ana masih nak siapkan kerja” dan “Ustaz! Ana nak ikut misi bantuan banjir tapi biar ana selesai kerja ana sikit buat bekalan untuk anak isteri” . Ini untuk dua tiga hari ini buat keluarga. Kami bertemu di pejabat Pemuda Subang dia sampai dalam keadaan kereta dia rosak. Dan pelahan-pelahan sampai.
Kami berdua agak rapat dan dia ada kongsikan cerita hidup dia Waktu itu ayahnya sakit di kampung.
Kami mula bergerak sebelah malam, Alhamdulillah sampai sahaja di Gua Musang terus lapor diri di Markaz Operasi, seingat saya dalam 4 hari jugak kami berada dalam operasi ini.
Ini misi kedua, misi pertama jabatan amal Subang tertumpu di Maahad Muhammadi Gua Musang, Misi akhir jabatan amal Subang hantar kelengkapan kerusi meja guru, kerusi-kerusi untuk pelajar. Misi terakhir pekena ayam hutan anjuran Ustaz Mohd Tarmizi Ketua Pemuda PAS Gua Musang dan tenaga pengajar di Maahad waktu itu.
Selesai misi kami berangkat pulang ke Subang dan kalau siapa kenal Ustaz Zawawi dia diantara yang cukup jaga kebajikan teman-teman dia, dia bisik kepada saya; “Ustaz! Kita Cari sikit kita infaq buat sahabat kita ni..” Alhamdulillah ada sedikit infaq buat sahabat kita. Bila nak serah kepada dia
“Ustaz!!! Ana join misi ini untuk pahala ana, ana turun misi ni bukan kerana ini”.
Ana merindui suasana ini, tidak ada Claim terasa hati jika tidak diberikan perhatian kerana amilin amal dididik dan dilatih untuk hidup hanya untuk Amal. Tidak ada duit minyak dan duit kocek. Kita habiskan duit kita untuk merealisasikan “BERAMAL KERANA ALLAH”
Sahabat-sahabat amilin sekelian!!!
Jika ingin mencari manis berjuang hayatilah kalam tuhan ini;
Rezeki yang Allah kurniakan sedikit atau banyak kita keluarkan untuk Allah.
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Berjuang manis dengan jiwa dan harta kita.
انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu jika kamu mengetahui.
Inilah sifat mereka yang Allah janjikan syurga
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor