Home Berita PAS Terengganu

RXZ Member : MB, Exco Terengganu dihalang serta

20
SHARE

KUALA TERENGGANU – “Selamat datang dan bertandang ke Negeri Terengganu untuk RXZ Member 7.0. Walau jasad kami dihalang, hati tetap bersama kalian,” demikian tegas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataan terbarunya menjelang perasmian perhimpunan mega RXZ Member 7.0.

Beliau mengalu-alukan kedatangan puluhan ribu peminat motosikal RXZ dari seluruh negara, namun pada masa sama meluahkan kekecewaan apabila beliau, Exco Kerajaan dan kepimpinan negeri tidak dibenarkan menyertai acara itu sejak awal perbincangan.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat bersama menunggang RXZ meraikan semua peserta.

“Apa nak buat, apabila politik memanjang 24 jam dengan syarat itu dan ini, akhirnya saya dan pimpinan Kerajaan Negeri yang sentiasa bersama anda semua telah ditiadakan.

“Akhirnya, tak pasal-pasal RXZ menjadi mangsa politik cemburu orang Putrajaya/KL. Inilah contoh politik ‘low class’ yang saya selalu sebut. Orang di Terengganu panggil politik ‘komang spanar’,” katanya.

Meskipun tidak hadir secara fizikal, beliau tetap menitipkan sokongan dan doa buat semua peserta.

“Tungganglah motor dengan hati-hati. Semoga selamat sampai dan pulang. Jangan lupa jaga solat dan amalkan kebaikan sepanjang perjalanan,” pesannya.

RXZ Member 7.0 terus mengukuhkan Kuala Terengganu sebagai pusat tumpuan peminat motosikal dua lejang, namun penganjuran kali ini jelas tercemar dengan campur tangan politik sempit yang cuba meminggirkan kepimpinan negeri.