Home Berita PAS Terengganu

RUU Komunikasi dan Multimedia buka ruang salah guna kuasa

44
SHARE

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional semalam telah menentang Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan 2024) kerana dikhuatiri akan disalah guna dan dimanipulasi.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu , Dato’ Ahmad Amzad Hashim berkata, perkara itu sangat jelas memberikan kuasa terlalu luas kepada menteri untuk menentukan pelbagai perkara berkaitan media.

“Kerajaan sekarang dilihat mundur ke belakang dalam menegakkan prinsipΒ penting demokrasi iaitulah hak kebebasan bersuara.

“Perkara ini dibangkitkan masyarakat awam termasuklah mereka yang sebelum ini dilihat sangat pekatΒ dalam sokongannya kepada Pakatan Harapan misalnya BERSIH, kartunis Fahmi Reza, Ahli Parlimen Pasir Gudang dan ramai lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian melalui suatu kenyataanΒ di facebooknya, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut katanya, sekalipun RUU itu tetap diluluskan kerana ahli-ahli Parlimen Kerajaan dari Pakatan Harapan dan lain-lain parti yang bersama kerajaan memilih telah mengundi menyokong pindaan akta terbabit.

“Semua Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional yang hadir telah mengundi membantah RUU ini,” tegasnya.