Home Surat Pembaca

RUU 164: Catatan Ahli Parlimen Kuala Nerus

598
SHARE

RUU 164: Catatan Ahli Parlimen Kuala Nerus

10 Ogos 2017

RUU 164 telah diluluskan semalam yang membolehkan mualaf membuat petisyen membubarkan perkahwinan dengan bekas isteri atau suami di mahkamah sivil. Ia memberi hak kepada muallaf yang sebelum ini ternafi kerana tiada peruntukkan. Apa yang Ahli Parlimen PAS diwakili oleh saya dan Dato Taki bangkitkan ialah percanggahan dengan beberapa peruntukan sedia ada melibatkan Mahkamah Syariah seperti Akta 303 seksyen 46(2) yang mesti diselaraskan dan dibaca secara bersama dengan Akta 164. Juga kami menuntut penubuhan Tribunal Mediasi menerusi Akta 164 sebagai medium perundingan antara mualaf dengan bekas suami atau isteri.

PAS mohon undi belah bahagian ketika sesi undian bagi menangguhkan RUU ini untuk menegaskan pendirian ini namun disebabkan cukupbilang 15 orang diperlukan tidak mencukupi maka ia tidak berjaya.

Dr Khairuddin at-Takiri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1599962493356048&id=100000269374994