Home Berita PAS Perak

Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kampar 2023 meriah

308
SHARE

Oleh: Shahrizan

MALIM NAWAR, 13 MEI – Suasana Syawal masih lagi terasa dengan harmoninya di Kampung Changkat Tualang apabila PAS Kawasan Kampar telah berjaya menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Kampar di perkarangan Rumah Ustazah Norhayati Ramlan hari ini.

Pada kali ini, Kampung Changkat Tualang menjadi pilihan kerana keperluan untuk pimpinan kawasan untuk bersama-sama meraikan kemeriahan Syawal dengan penduduk kampung yang berada di dalam DUN Tualang Sekah.

Majlis bermula tepat jam 11 pagi dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Yusaini Bakir, Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Kampar.

Pelbagai menu disediakan oleh cawangan – cawangan PAS Kampar secara ‘pot luck’.

Sambil menikmati juadah pengunjung juga didendangkan dengan persembahan kumpulan rebana Bukit Pekan yang bernaung di bawah Lajnah Sukan, Kesenian & Kebudayaan PAS Kampar.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Tn Hj Ismail , Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dan Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohamed Radzi, Ketua Perhubungan PN Kampat serta beberapa orang AJK PN Kampar termasuk mantan man calon PRU15 PN Kampar iaitu Sdr Pazli Abdullah Sani, Sherry Syed dan Mr. Fong.

Tn. Hj Salleh selaku TYDP PAS Kawasan Kampar mengucapkan terima kasih pada semua yang menjayakan program hari ini dengan baik sekali.

Majlis tamat sekitar jam 1.30 ptg dengan jayanya.