Home Berita PAS Perlis

Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Guar Sanji meriah

95
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 8 Jun: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Guar Sanji yang diadakan semalam berlangsung penuh meriah dengan kehadiran lebih seribu orang tetamu.

Pelbagai juadah disediakan pada majlis yang diadakan di Markas PAS Pida 3 Semut Gatal itu, antaranya sate, ketupat, bihun sup dan apam balik.

Selain itu, kehadiran para pemimpin parti politik turut menambah seri majlis berkenaan, antaranya Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin, Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd. Shukri Ramli, Exco Kerajaan Negeri Perlis, NurulHisham Yaakob (Umno) dan Pengerusi BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah.

ADUN Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim yang ditemui berkata, sudah menjadi kelaziman pihaknya menganjurkan majlis sedemikian setiap kali sambutan Aidilfitri.

“Alhamdulillah, setiap kali diadakan, sambutan daripada masyarakat amatlah baik bahkan PKWR Guar Sanji turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak dalam menjayakan penganjuran majlis rumah terbuka seperti ini.

“Selain itu, kehadiran para pemimpin daripada Umno dan BERSATU juga amatlah kami alukan, semoga hubungan mesra ini dapat kita pelihara dan perkukuh sepanjang masa,” katanya.