Home Berita PAS Terengganu

“Rumah Tangga Al-Quran”

10
SHARE

Oleh ; Fatimah Din

KEMAMAN – Sesebuah rumah tangga yang ingin menuju keredaan Allah dan akhirat perlu menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama dalam kehidupan seharian, termasuk membaca, mendengar serta menghidupkannya.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga, Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Asmak Husin berkata, Al-Quran perlu dijadikan asas dalam membina institusi keluarga yang berlandaskan agama.

“Hendaklah juga disampaikan dan disebarkan di dalam keluarga dan kepada orang luar.

“Ini bermakna bukan sahaja menjaga keluarga kita tetapi juga masyarakat di sekeliling dan juga ummah, maka dengan sendirinya keluarga akan terjaga, ” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam slot bual bicara Motivasi Keluarga yang di Padang Astaka Chukai, Sabtu, 31 Mei yang lalu.

Mengulas lanjut, Ustazah Asmak berkata, masalah utama dalam institusi keluarga hari ini berpunca daripada kegagalan komunikasi yang berkesan antara pasangan suami isteri.

“Tiada komunikasi harian seperti tidak berkongsi perasaan, jadual harian, isu anak, selain itu terjadinya salah faham seperti ‘silent treatment’.

“berlakunya ketidakjujuran pasangan dalam sesuatu perkara, komunikasi kewangan yang tidak jelas dan juga kurang komunikasi psikologi seperti sokongan emosi antara satu sama lain,” ujarnya.

Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memelihara akhlak dan tingkah laku mereka kerana anak-anak akan meniru perlakuan yang ditunjukkan oleh kedua-dua ibu bapa.