Home Berita PAS Selangor

Rumah anak-anak yatim Kasih Harmoni di hati – PAS Kawasan Sungai Buloh

282
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI BULOH, 13 Ogos – PAS Kawasan Sungai Buloh telah mendapat perkhabaran beberapa hari lalu dimana Rumah Anak-anak Yatim Kasih Harmoni, Paya Jaras telah dikurantin dan didapati beberapa orang guru dan anak-anak yatim di sana positif COVID-19.

Setelah dapat sahaja maklumat mengenai kejadian tersebut, PAS Kawasan Sungai Buloh terus menghubungi pihak Rumah Kasih Harmoni untuk mendapatkan pengesahan dan barangan keperluan yang diperlukan.

Pagi ini, YDP PAS Kawasan Sungai Buloh Ust Zaharudin Mohamad telah mengarahkan Pn Asyidah selaku Bendahari PAS Kawasan Sungai Buloh untuk memindahkan sejumlah wang bagi perbelanjaan pihak Rumah Kasih Harmoni, hasil sumbangan orang ramai.

Alhamdulillah, pihak rumah kasih harmoni telah mengesahkan penerimaan sumbangan tersebut. Usaha-usaha lain sedang diuruskan oleh Jabatan Amal PAS Kawasan Sungai Buloh untuk kerja-kerja sanitasi akan datang setelah tempoh kurantin berakhir, InshaAllah.

Dikesempatan ini, mari sama-sama kita mendoakan agar semua yang terlibat di Rumah Kasih Harmoni ini dikurniakan kesembuhan pada mereka yang positif dan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT pada yang lain.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor