Home Berita PAS Terengganu

Rujuk perlembagaan parti, fahami siasah kini

19
SHARE

KEMAMAN – Organisasi dan anggota PAS di semua peringkat perlu merujuk kepada perlembagaan parti dan memahami realiti siasah negara kini, untuk bergerak jauh ke hadapan.

Naib Presiden, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, muafakat politik dengan semua pihak adalah penting menentukan masa depan PAS.

“Saya percaya bahawa kita semua tahu PAS mempunyai pelbagai latar belakang ahli, namun kita perlu sama-sama faham sebab atas setiap keputusan yang diputuskan oleh pimpinan parti.

“Perjalanan kita masih jauh, sasaran kita bukan Terengganu sahaja. Banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk kita mendapatkan keyakinan rakyat di Malaysia ini.” jelas beliau.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kemaman kali ke-64, di sini hari ini

Justeru menurut beliau, amalan istiqamah, patuh dan taat semua ahli PAS akan membuka hidayah dan rahnah Allah


.
“Insya-Allah, saya harap ini akan meningkatkan semangat untuk tindakan yang lebih baik pada masa hadapan.” tegas beliau.

Sementara itu, Yang Dertua PAS Kemaman Ustaz Che Alias Hamid berkata, ahli yang kuat akan menjadikan PAS terus hebat di persada dakwah dan siasah.

“Sanggup berjuang, sanggup berinfaq kerana kita faham tentang perjuangan ini.

“Jadi seharusnya kita komited dan gerakkan program-program yang dirancang.” ujarnya.

Yang dibimbangi, tambah beliau, gerak kerja dan hala tuju PAS semakin ditinggalkan, apabila parti itu menang dalam pilihan raya.

“Tanggungjawab kita selaku ahli parti untuk anjurkan program program yang dapat memahamkan kenapa kita berada dalam perjuangan ini.” tegas Ustaz Alias