Home Berita PAS Selangor

RUANGAN Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor | Prof. Madya Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh – Memasang Bendera Secara Terbalik Harus Dikenakan Tindakan Undang-undang.

1138
SHARE

Lagi bendera dipasang secara terbalik. Tak kan tak sengaja? Apa tindakan pihak berkuasa?

Amat malang bagi Malaysia yang mempunyai rakyat yang sengaja menghina Jata Negara. Bendera Negeri dan Bendera Negara termasuk dalam kelompok Jata Negara (simbol yang perlu dipelihara) yang merupakan kemegahan Negara.

Ini bukan kali pertama SJKC memasang bendera secara terbalik. Sudah lebih 20 kes yang dapat dikesan dan dipaparkan di media sosial. Ini tidak termasuk tindakan seorang guru SJKC yang menurunkan Bendera Malaysia dan melakukan aksi menghinanya 2 tahun lalu. Apakah cukup sekadar memohon maaf dan mengaku ia satu kesilapan? Apakah pentadbir SJKC terlalu dungu hingga tidak tahu membezakan bendera yang betul dan bendera yang dipasang secara terbalik?

Foto ini dengan jelas menunjukkan adakah ia kerana kelalaian atau disengajakan. SJKC Keong Koon ini terletak di mana? Apa insiden besar di Negeri berkenaan yang sedang heboh diberitakan sekarang? Dengan memahami apa yang sedang berlaku di Negeri berkenaan kita boleh membuat kesimpulan adakah ini kesilapan atau disengajakan.

Apakah pihak berkuasa masih terus mahu menerima permohonan maaf dari mereka? Mengapa ia hanya terjadi di SJKC dan firma-firma yang dimiliki oleh kaum cina?

Sudah tiba masanya undang-undang dikuatkuasakan dan dilaksanakan tanpa memilih bulu. Hanya dengan penguatkuasaan undang-undang sahaja yang akan dapat mengekang perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini.

Tahniah saya ucapkan kepada Ketua Polis Johor yang bertindak tegas terhadap mereka yang menghina simbul kehormatan Negara. Semoga seluruh Ketua Polis Negeri yang lain akan bertindak serupa dan tidak menjadi jurucakap membela tindakan biadap memasang bendera secara terbalik ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

27 Zulhijjah 1441H | 17 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor