Home Berita PAS Selangor

Ruangan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor | Prof. Madya Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh – Kemelut TH (Siri 5)

788
SHARE

Debat Mantan Pengerusi TH dg Mantan Menteri JPM (Agama) mendedahkan fakta 626 perabot dan peralatan elektrik THHR dlelong pada nila RM10 ribu. Itu kenyataan Dr. Mujahid. Maknanya purata barangan yang dilelong ialah RM15.97 setiap satu. Saya tertanya-tanya apa asas penetapan harga lantai (floor price) untuk barangan berkenaan?

Yang dilelong itu bukannya pemanas air (water heater) yang pelajar diasrama selalu simpan dalam almari pakaian yang harganya RM10. Yang dilelong tu bukannya katil kayu yang dah patah riuk atau katil jenis divan yang dah berlubang. Tentunya set bilik tidur yang masih elok dan boleh digunakan. Juga set dapur yang masih berfungsi.

Ada kenalan saya yang melengkapkan homstaynya dengan barangan terpakai sebuah hotel di lembah Kelang dan dia belanjakan hampir RM10 ribu hanya untuk melengkapkan 6 homestaynya. Itu tak termasuk perlatan dapur dan peralatan elektrik. Cuma katil divan saiz Queen dan saiz single.

Jika diambil kira peralatan memasak dan ketuhar elektrik atau gas untuk dapur hotel dan lain-lain peralatan dan kelengkapan bilik hotel, tentulah pembelinya tersenyum lebar kerana almari solek dan katil divan hotel boleh dijual pada harga yang tidak kurang dari RM300 seunit. Berapa unit yang telah dibelinya. Aduhai lemahnya pengurusan THHR dibawah TH yang kononnya dipantau Menteri di JPM ini.

Pembeli peralatan elektrik dan perabot THHR tentu tersenyum lebar jika dia membaca tulisan saya ini. Untungnya tentulah berlipat ganda daripada RM10,000 yang dibelanjakannya.

Nanti saya akan ulas pula penjualan equiti TH dalam syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Semoga RCI untuk menyiasat kes TH disegerakan sebelum PRU15 dan hasilnya didedahkan kepada 9.5 juta pendeposit TH.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

26 Zulhijjah 1441H | 16 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan