Isu air di Selangor bukan perkara baru. Sama ada isu ketiadaan air, isu kekurangan air, isu kawasan tadahan air, isu pencemaran sumber air, iau Loji Rawatan Air (LRA), isu ketidakcukupan bekalan air mentah. Ini baru isu air.
Isu ternakan babi, isu sungai dicemar dengan najis babi, isu bau busuk dari kandang babi. Ia juga tak kunjung putus namun kurang diketengahkan. “Sensitif” katanya.
Isu rumah ibadah haram dan rumah ibadah dibina di kawasan yangvtidak sepatutnya juga kurang dobincangkan kerana “sensitif” juga.
Isu pusat judi hanya diberi perhatian apabila “diletupkan” di media sosial tetapi cuba dinafikan oleh pihak berkuasa. Namun apabila berita tangkapan beberapa orang kakitangan PBT oleh SPRM, PBT nampak seperti membalas dendam terhadap peniaga-peniaga kecil yang mencari sesuap nasi kerana dihimpit keperitan akibat wabak COVID-19.
Isu kilang haram dan isu rumah haram tak akan berhenti selagi hanya rumah sahaja diroboh tetapi kilang dibiarkan meneruskann operasi dengan diberi “lesen sementa.” Adilkah?
Mujurlah di Selangor sudah tidak banyak hutan simpan, jika tidak akan ada isu pembalakan haram dan isu pencerobohan hutan dan tanah rizab.
Kenapa semua isu ini muncul? Apakah kerajaan Selangor tidak berusaha atau tidak mahu berusaha menanganinya?
Terputus bekalan air bersih yang dihadapi oleh 1.2 juta pemegang akaun yang melibatkan lebih 5 juta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur bukanlah kali pertama. Tahun ini sahaja sudah 4 kali berlaku kerana LRA dicemari bau dari kotoran yang dilepaskan ke dalam sungai yang menjadi sumber air mentah untuk diproses di semua LRA.
YDPA dan Sultan Selangor sendiri melahirkan kekecewaan mengenai isu air ini yang masih berlarutan dan seperti lambat ditangani.
Sampai bila pengguna akan dibebankan dengan masalah ini? Selangor merupakan negeri termaju dan negeri terkaya di Malaysia. Apakah Selangor tidak mampu mengatasai masalah ini atau pemimpin negeri yang tidak tahu dan tidak berapa ambil cakna? (Saya tidak mahu mengulas sebuah lori tangki menunggu di rumah MB sewaktu kriais air.)
308 kilang haram beroperasi selama bertahun-tahun tanpa sebarang tindakan.
Kilang yang menjadi pencemar sungai beroperasi secara bebas tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan berbanding rumah penduduk yang dengan mudah dirobohkan.
Kita berharap MB dan EXCO kemudahan awam akan lebih peka dan berusaha sebaik mungkin menangani isu ini dan tidak berdalih serta cuba melepaskan diri dengan menuding jari ke KASA atau Pejabat Peguam Negara. Menuding jari tidak akan dapat menyelesaikan masalah.
Tunjukkan kepada rakyat bahawa pelaburan berbilion ringgit untuk menyatukan pengurusan air di Selangor benar-benar berbaloi dan rakyat Selangor tidak dijadikan mangsa lagi.
YAB Menteri Besar dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor tumpukan lah lebih sedikit tenaga dan minda tuan-tuan untuk menangani isu-isu yang saya nyatakan tadi. Ia untuk kebaikan anda juga kerana rakyat Selangor dan rakyat Malaysia sedang menilai anda dan kerajaan PH di Selangor.
Prof. Madya Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh
Timbalan Pesuruhjaya 3
PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor