Home Berita PAS Terengganu

Royalti perjuangan hak rakyat, bukan individu atau parti

17
SHARE

Oleh: Muhamad Irfan

KUALA NERUS – Perjanjian yang telah dimeterai antara Petronas dan Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1975 lagi menyebut hasil royalti minyak iaitu sebanyak lima peratus diberikan kepada kerajaan negeri setiap tahun.

Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, YB Ustaz Hj. Hishamuddin Abdul Karim menegaskan, perjuangan menuntut royalti minyak dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Terengganu bukan diberikan kepada mana-mana individu mahupun parti, tetapi kepada rakyat Terengganu.

“Kita berjuang untuk hak rakyat dan hak negeri, bukan untuk parti mahupun mana-mana individu.” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program Ceramah Royalti Minyak di Markaz Tarbiyyah Islamiah, Kg Duyung, Seberang Takir (MARTIS) pada Isnin 3 Jun.

Jelas beliau yang juga Exco kerajaan Terengganu, semua kes yang menafikan hak royalti ini adalah dendam politik dan pembulian kepada negeri.

“Mereka tahu kita pandai memerintah negeri lah, mereka sekat. Kesemua kes yang menafikan hak royalti merupakan dendam politik dan pembulian kepada negeri.”

“Orang Umno sepatutnya berterima kasih kepada PAS kerana projek terbengkalai dahulu kita yang selesaikan.” tegas beliau

Dua teras isu tersebut yang ditekankan beliau juga wajar menjadi panduan kepada seluruh rakyat negeri Terengganu dalam memahami isu ini.

Teras pertama katanya, iaitu ilmu supaya rakyat faham kronologi yang berlaku manakala teras kedua iaitu syukur supaya rakyat tidak berputus asa dari mengharapkan rahmat Allah SWT.