Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Mohamad Suffi Kamari
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gombak
Kita berhadapan situasi getir krisis keyakinan ummat islam dengan isu jenama arak Timah yang viral seantero dunia. Bukan sahaja di Malaysia bahkan mat salleh luar negara pon bukan main tumpang sekali mewar-warkan “kejayaan” arak Timah ini.
Dalam kekalutan isu yang belum reda, kita terkejut dengan lontaran pandangan Adun Sg Pelek dari parti DAP YB Ronniu Liew di halaman Facebook yang mendesak orang Islam diberi peluang untuk sentuh arak, lihat arak, bekerja di kilang arak n dsb. Pelik bukan?
Ini bukan pelik bagi sejarah biadap pimpinan DAP di Malaysia. Tahukah anda YB Ronniu Liew pernah viral suatu ketika dahulu dengan kes dia masuk ke livestream Kuliah Dhuha YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan komen yang menyakitkan hati umat Islam. Ingat lagi tak tu? Tahun 2017 Ronnie Liu komen di ruangan komen semasa TGHH memberi kuliah ugama mingguan di Masjid Rusila dengan menyebut “Bertopeng Agama!”. Boleh pergi buat carian sekarang! Yer sekarang!
Ibarat tetamu hadir ke rumah kita, dan kemudian menginjak-injak maruah ayah kita membuat fitnah yang bukan-bukan terhadap ayah kita. Takkan nak diam saja kan?
Pemimpin kualiti zero sebegini sebenarnya banyak di dalam organisasi CEC DAP. DAP ni bijak atur olahan persetujuan umum dengan menggambarkan pemimpin mereka terbuka etc. Wajah-wajah membantu dan mengolah pandangan awam bahawa mereka terbuka bukan lah perkara yang salah. Ya kamu boleh buat. Its a free country ya? Tapi barang diingat, pepatah melayu sebut Kokok berderai derai, ekor bergelumang tahi!”.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Gombak menyahut amaran dan membangkitkan kesedaran anak muda bahawa akan perilaku keji YB Ronnie Liu ini. Semestinya desakan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selangor Ustaz Sukri Omar bahawa YB Sungai Pelik wajar meminta maaf secara terbuka dan menarik segera tulisan di halaman Facebook beliau!
Keharmonian Malaysia kita hidup dalam kerukunan, saling hormat dan bertolak ansur tidak bermakna kamu boleh injak maruah dan urusan umat Islam! Siri kebiadapan pimpinan DAP ini wajar dinilai dan diberi pengajaran segera.
28 Oktober 2021 | 21 Rabiul Awal 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor