Home Rencana PAS Selangor

Ronnie Liu, bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan lurus – PJ PAS Selangor

116
SHARE

May be an image of 1 person and text

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi
Pesuruhjaya PAS Selangor

Kenyataan Ronnie Liu untuk PH mengambil alih pengurusan kerajaan bagi membendung wabak Covid-19 di negara kita ibarah suatu jenaka perlakuan PH.

Secara personelnya kenyataan beliau itu bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Kalau beliau sendiri sebagai pemimpin boleh melanggar arahan pkp kerajaan, mana mungkin beliau mampu untuk menguruskan sebuah pentadbiran yang berwibawa.

Sejak awal pentadbiran PH, menteri kewangan DAP mendendangkan nada berulang-ulang, Malaysia sudah tak ada duit yang telah dihabiskan oleh kerajaan sebelum itu dakwanya. Rakyat jangan terlalu bergantung kepada kerajaan antara nada yang cukup menyakitkan seluruh rakyat dinegara ini dan tidak pernah akan terpadam dihati rakyat, kesan 22 bulan PH mentadbir negara kita.

Kerajaan PH selangor yang kaya ditambah pula dengan penubuhan suatu jawatan kuasa khas Covid-19 pun masih belum mampu menunjukkan suatu pengurusan yang berwibawa yang mampu menurunkan kes jangkitan. Malah selangor terus tetap menjadi juara wabak Covid-19 dinegara kita.

Kerajaan PN telah membelanjakan ratusan billion ringgit dalam menangani wabak Covid-19, saya tak dapat nak bayangkan sekiranya kerajaan PH yang tak berduit masih mentadbir negara nak menangani wabak ini.

Kesempatan sidang khas dewan rakyat tidak digunakan untuk proses semak dan imbang demokrasi yang dilaung2kan malah asyik saja untuk gerakan menukar kerajaan. Tiada perbahasan yang konkrit bukti kelemahan kerajaan menangani wabak Covid-19 mahupun cadangan-cadangan yang bernas.

Ibarat mengajar anak itik berenang, cadangan dan paksaan oleh pembangkang kepada kerajaan atau menteri kesihatan untuk menggunakan Ivermectin untuk rawatan pesakit Covid-19 sedangkan ubat itu masih dalam kajian. Mesti pun Ivermectin berkesan untuk merawat jangkitan cacing (anti parasit) pada binatang tetapi belum di pastikan benar-benar berkesan untuk rawatan virus Covid-19 pada manusia. Inilah wajah pimpinan PH merawat rakyat malaysia seolah-olah bagaikan binatang.

Suatu malapetaka sekiranya PH di beri semula kuasa untuk mentadbir negara yang kita sayangi ini.

13 Ogos 2021 | 4 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor