Home Rencana PAS Selangor

Robohkan kerajaan apa jadi? – Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

416
SHARE

May be an image of text that says "42 KERUSI PARLIMEN Amanah 37 KERUSI PARLIMEN 11 KERUSI PARLIMEN KERUSI TERBESAR MILIK BUKAN ORANG MELAYU & BUKAN ISLAM"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

DAP ada 41 dari 42 ahli Parlimen bukan Islam. PKR ada 14 dari 36. Bermakna dalam PH yang ada 89 ahli Parlimen 34 adalah Muslim 55 bukan Muslim.

Siapa sahaja mahu robohkan kerajaan ini perlu bina kerajaan yang baru dan lantik PM baru.

PH sahaja punya 89 kerusi maka sudah pasti yang mahu jajaran baru tadi terpaksa berpakat dengan PH. Jika benar bersedialah menerima kerajaan baru yang didominasi 55 MP bukan Muslim. Balik ke asal.

Mustahil kita mahu kadok kembali naik junjung. Atau kita sudah tidak pedulikan lagi siapa yang naik jadi teraju?

Apa pun fikirkanlah nasib dan masadepan ummah. Jangan menang sorak kampung tergadai dan rugi serta sesal kita sepanjang hayat.

Berundinglah jangan khianati agama dan bangsa ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor