Home Berita PAS Terengganu

RMM di Bawah Kerajaan Negeri dilindungi insuran

8
SHARE

KEMAMAN – Setiap Rumah Mampu Milik (RMM) di bawah anak syarikat Kerajaan Negeri, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dilindungi insuran kebakaran dan musibah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Wan Adnan Wan Derahman berkata, pada kebiasaan ia dilihat dari sudut kerosakan fizikal seperti kerosakan pintu hadapan dan belakang rumah.

Ujarnya, yang tidak dilindungi insuran adalah peralatan atau perkakas elektrik dan elektronik di dalam rumah.

“Dengan tuntutan dalam RM200 hingan RM250 apabila berlaku kerosakan pada pintu.

“Insya-Allah pihak kita (PMINT) akan lihat balik beberapa perkara dan akan berbincang untuk tambah baik beberapa kriteria supaya pemilik RMM dapat manfaat sekurang-kurangnya dapat membantu menghadapi segala kesulitan yang dialami,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika mengadakan lawatan ke Tapak Perumahan RMM Teluk Kalong bersama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Wan Adnan turut berkata pihak PMINT juga ada menyediakan Tabung Prihatin dalam membantu mangsa banjir.

“Insya-Allah kita akan salurkan segera kepada masyarakat di sini yang membabitkan hampir 500 buah rumah,”katanya.