Home Berita PAS Terengganu

‘Rijal Dakwah’ ; Orang muda profesional dan bertaqwa

104
SHARE

KUALA TERENGGANU – 50 orang pemuda terpilih dari seluruh kawasan negeri Terengganu bakal lahir sebagai ‘Rijal Dakwah’, profesional muda yang bertaqwa.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Ustaz Harun Isa berkata, mereka dilatih dengan pelbagai kemahiran dan mampu berhapan dengan situasi semasa dalam kalangan orang muda.

“bertujuan untuk melatih kepimpinan pelapis dengan acuan pemikiran dan skil komunikasi, ilmu yang diperlukan kepimpinan masa hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, mengulas progran perkaderan anjuran Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP), peringkat negeri Terengganu baru-baru ini.

Ustaz Harun Isa

Selain itu, kata beliau, pelbagai latihan dan pengisian seperti ‘Liqa’ Fikri, Tamrin dan Usrah kepada anggota Pemuda adalah dibawah tanggungjawab langsung lajnah Tarbiyyah.

“Pemuda terus diperkasakan termasuk Kursus Asas Jabatan Amal Malaysia Terengganu (KAKA) yang juga julung kali diadakan pada tahun ini di Terengganu.

“Program ‘Rijal Dakwah’ ini adalah satu program khas pembinaan pemuda,” jelasnya.

Beliau optimis program tersebut memberi manfaat buat semua peserta dan memberi kesan positif kepada pelapis kepimpinan PAS Negeri Terengganu pada masa akan datang.

“Dewan PAS Negeri Terengganu berhasrat melahirkan generasi pelapis yang serba boleh. Mampu memimpin masyarakat dalam semua sapek kehidupan.,” tegas beliau.