Home Berita PAS Sabah

Rider penghantar makanan ceria disantuni ADUN PAS Sabah

143
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
11 April 2023

KOTA KINABALU: Kira-kira lebih 50 orang rider penghantar makanan tampak ceria berpeluang bertemu dan berprogram bersama ADUN (Dilantik) Dr. Aliakbar Gulasan di Victory Motorbike, Putatan baru-baru ini.

Dalam program berkenaan, Dr Aliakbar menyerahkan sumbangan minyak enjing percuma kepada lebih 50 anak muda yang berkhidmat sebagai penghantar makanan.

Dr. Aliakbar ketika ditemui berkata, mereka yang berkhidmat sebagai rider ini merupakan frontliners yang patut kita hormati dan sanjungi dalam menjalani kehidupan mereka seharian.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Sabah mengingatkan kepada semua supaya sentiasa menjaga keselamatan di jalan raya dan menjaga kewajipan sebagai hamba Allah.

“Disamping kita mencari rezeki, jangan lupa kita jaga keselamatan itu yang paling penting”, jelasnya.

“Sesibuk mana pun, kita tetap menjadi hamba kepada Tuhan, itu yang kita kena jaga kerana kita mahu rezeki kita berkat walaupun sedikit,” tambahnya lagi.