Home Artikel PAS Pahang

Ribut kuat landa Ulu Pahang, 20 rumah rosak teruk

57 views
SHARE

Tiada sesiapa yang meminta, tetapi itulah ujian Allah.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam kelmarin, hampir 20 buah rumah terjejas teruk akibat dilanda ribut  di Felda Sungai Retang. Kampung Lada dan di Taman Ria.

 

Di antaranya ada yang tercabut bumbung dan rugi kemusnahan dianggarkan mencecah RM100,000 keseluruhannya.

 

Adun Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin meluangkan masa menziarahi mangsa-mangsa ribut berkenaan. Turut bersama YDP PAS Kawasan Jerantut Ust Yohanis Ahmad, pegawai-pegawai MUIP Jerantut, JPAM Jerantut, Tok Penghulu Mukim Tembeling Tengah, Encik Zulkifli dan Team Sekreteriat ADUN Tahan.

 

Dalam tinjauan berkenaan, sedikit sumbangan awal dihulurkan kepada semua mangsa yang terlibat.

 

“Semoga Allah Taala mengurniakan kesabaran yang tinggi dan pahala yang berlipat ganda di atas kesabaran mereka menghadapi musibah ini. Semoga mendapat gantian yang lebih baik daripada Allah Taala,” doanya.

 

Kejadian dikatakan berlaku sekelip mata kerana hujan dan ribut kencang melanda kira-kira 10 minit sahaja. Kebanyakan mangsa tidak sempat berbuat apa-apa, kecuali menyelamatkan nyawa ahli-ahli di dalam rumah.

 

Ustaz Zakhwan memberitahu, beliau akan berusaha untuk membantu mangsa yang terlibat dan mencari jalan penyelesaian untuk membaiki rumah mangsa.

 

“Saya akan cuba dapatkan bantuan dari kerajaan negeri, selain meminta mangsa terlibat segera buat laporan polis untuk memudahkan pengurusan bantuan bencana.

 

“Saya juga akan usahakan untuk membaik pulih rumah mangsa dengan segera memandangkan tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan ke kawasan terbabit.

 

Sementara itu beliau turut melancarkan derma dengan membuka tabung bencana. Sumbangan para dermawan boleh dimasukkan ke akaun yang tertera.