Home Artikel PAS Kelantan

Ribut: Kelantan sumbang RM50,000 kepada T’ganu

607 views
SHARE

BEBERAPA daerah di Negeri Terengganu telah dilanda ribut besar dua hari lalu dan menyebabkan banyak kerosakan. Saya mewakili Kerajaan Negeri Kelantan mengucapkan takziah kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan mangsa ribut tersebut.

Sesungguhnya Allah mendatangkan ujian kepada kita supaya menjadi orang yang sabar dalam menghadapi ujian dalam kehidupan. Apa yang kita miliki semuanya adalah anugerah dan pinjaman daripada Allah SWT.

Saya difahamkan lebih 1,800 buah rumah dan lebih 30 buah sekolah di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang yang terjejas akibat ribut berkenaan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Kelantan berbesar hati menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000.00 kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk menampung sedikit sebanyak bebanan mangsa ribut berkenaan.

Salam hormat.

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
24 Zulhijjah 1439H/5 September 2018

https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/884109191779199