“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Antara kesan penganiayaan kepada saudara kita di Palestin oleh Rejim Zionis adalah penyatuan seluruh umat di dunia khususnya umat Islam. Semangat juang dan solidariti yang tiada tandingannya boleh membuatkan Israel itu sendiri lari ketakutan.
Pastinya ramai rakyat Malaysia yang mahu membantu mereka disana dengan sebolehnya. Oleh itu, NGO-NGO telah mengambil inisiatif membuat kutipan sumbangan untuk Palestin. Buat masa ini perjuangan menggunakan harta adalah bantuan yang paling efisyen.
PASTI Negeri Selangor dalam satu kenyataan menyatakan bahawa telah berjaya mengumpulkan dana Palestin sebanyak RM 150,000 untuk disumbangkan ke bumi barokah itu melalui Aid4Palestine.
Mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kempen RM1 #Aid4Palestine. Semoga usaha ini dapat membantu saudara Islam kita di Palestin.
“Moga solidariti ummah ini terus diperkuatkan demi membebaskan bumi Al-Aqsa dari cengkaman penjajahan Zion1s. Teruskan menyumbang, teruskan berdoa, teruskan menyebar kebenaran”, dipetik bagai dikata.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor