Home Berita PAS Wilayah

Ribuan Membanjiri Dataran Merdeka: JAM Wilayah Persekutuan Galas Tugas Penting di Himpunan Turun Anwar

18
SHARE

Oleh : Muhammad Abdul Fateh

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2025 — Himpunan Turun Anwar yang berlangsung dengan penuh semangat rakyat hari ini menyaksikan kehadiran hampir 500,000 peserta yang membanjiri kawasan sekitar Dataran Merdeka sejak jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Suasana yang menggambarkan gelombang kebangkitan rakyat itu berlangsung dalam keadaan aman dan tersusun hasil kawalan rapi pasukan keselamatan termasuk Jabatan Amal Malaysia (JAM) Wilayah Persekutuan yang diberi tanggungjawab besar untuk menyelaras aspek keselamatan dan ketenteraman awam di Check Point (CP) Pasar Seni.

Penugasan penting ini diketuai oleh Pengarah JAM Wilayah Persekutuan, Tuan Subhan Djupri yang dibantu oleh Tuan Anas Asyura selaku second man. Di bawah pimpinan mereka, anggota JAM ditugaskan khas untuk mengiringi kumpulan mahasiswa dan pempengaruh yang menjadi sebahagian daripada suara utama rakyat, serta memastikan aliran pergerakan peserta ke Dataran Merdeka berlangsung dengan selamat dan lancar.

Kerjasama erat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dipuji, memperlihatkan kebersamaan dalam memastikan himpunan aman ini bebas daripada sebarang unsur provokasi atau gangguan keselamatan.

Turut mencuri perhatian adalah kehadiran Briged Muslimat yang berganding bahu bersama anggota JAM, memperkukuh barisan hadapan keselamatan awam dengan penuh disiplin dan dedikasi.

Ucapan penghargaan dan terima kasih setinggi-tingginya diucapkan kepada semua anggota JAM Wilayah Persekutuan serta Briged Muslimat atas komitmen dan pengorbanan mereka dalam menjayakan himpunan bersejarah ini.

Alhamdulillah, himpunan hari ini bukan sahaja membuktikan kekuatan suara rakyat, tetapi juga memperlihatkan bahawa perjuangan yang tersusun dan aman mampu menggegarkan pentas kuasa.