KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri melalui Urus Setia Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu (UBSNT) menjangkakan ribuan anak muda akan menghadiri Himpunan Mileneal Terengganu yang dianjurkan oleh pihaknya.
Himpunan tersebut akan diadakan pada Sabtu di Dewan Perdana Komplekas Pentadbiran Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus bermula jam 8 pagi sehingga 1.30 petang.
Sepanjang program berkenaan diadakan lbagai acara menarik diadakan antaranya pertandingan video pendek TikTok, Simposium Milenial Negarawan di samping akan ada pameran jabatan dan agensi.
Paling istimewa turut diadakan Town Hall Belia Bersama Menteri Besar Terengganu yang akan menjadi platform yang tepat untuk generasi milenial menyuarakan pendapat dan pandangan sentiasa tidak langsung memberi gambaran kerajaan hari ini sangat meraikan pandangan golongan berkenaan untuk turut terlibat memajukan negeri ini.
Sementara itu UBSNT melalui kenyataan yang dimuat turun di Facebook rasminya menyatakan takrifan mengenai golongan milenial berdasarkan Pew Research Centre bahawa golongan milenial secra umumnya merujuk kepada individu yang lahir antara 1981 hingga 1996 yang berusia antara 27 hingga 42 tahun.
Manakala yang lahir antara 1997 hingga 2012 pula dikenali sebagai Gen Z yang kini berusia antara 11 hingga 26 tahun.
Menurut UBSNT, sebenarnya tiada takrifan yang jelas mengikut disiplin ilmu kerana terdapat pelbagai pandangan justeru mengajak mana-mana anak muda tanpa mengira mana-mana kelompok hadir bagi memeriahkan program berkenaan.
Kehadiran anak muda ke program ini juga akan turut menjadi signal bahawa seluruh anak muda negeri ini mahu kerajaan hari ini terus kekal dipertahankan.