24 September 2017 – Perincian resolusi dari Shuhaimi Embong, Pengarah JiTP berkenaan program JeRIT yang sedang berlangsung di SRA Sri Al Ummah, Kampung Pandan yang terletak di dalam kawasan Parlimen Titiwangsa ini memfokuskan kepada gerakkerja Pilihanraya. Terutamanya memperkasakan penggunaan internet, penyediaan keperluan-keperluan isu-isu semasa, penyebaran maklumat, analisis isu, dan juga DANA.
Tambahannya lagi, beliau mengharapkan jentera-jentara yang sedia ada yang hadir pada hari ini kekal sehingga Pilihan Raya dan dalam tempoh yang ada ini petugas-petugas perlu mempertingkatkan kecekapan dalam bidang masing-masing.
Struktur organisasi di semua peringkat perlu di mantapkan khususnya kepada kawasan parlimen yang akan bertanding.
Dalam menghadapi PRU14 ini, satu tugas khusus perlu ditumpukan adalah dalam pencarian DANA. Kerja PRU ini sangat berkait rapat dengan kewangan dan keefisien gerak kerja bergantung kepada keupayaan kewangan. Walaupun usaha ini agak rumit tetapi ianya tidak mustahil untuk mendapat dana yang banayak kerana golongan penyokong Pas dan orang-orang yang simpati kepada perjuangan Pas sangat ramai sekarang ini.
Akhirnya beliau mengharapkan ilmu yang diperolehi hari ini dapat di gembelingkan semaksima mungkin dan seterusnya akan menatijahkan kejayaan yang cemerlang dalam PRU14 nanti.