Home Berita PAS Wilayah

Renung-Renung Kota (30): Renung-Renung Sejenak

744
SHARE

Buat Ikhwah & Akhwat Abna’ Harakah sekalian.. Marilah kita fikir-fikir dan tanya diri kita.

Dan kita jawablah sendiri.

Berapa kalikah kita melangkah ke masjid menunaikan solat jemaah/ menuntut ilmu dalam satu hari?

Berapa kalikah kita beristighfar dalam satu hari?

Berapa kalikah kita berselawat kepada Kekasih kita Rasulullah S.A.W dalam satu hari?

Berapa helaikah kita membaca Al Quran dalam satu hari?

Cuba kita renung-renung dan fikir satu hari berapa kali kita makan?

Berapa kali kita minum?

Cuba kita renung dan fikir kita selalu impikan mahukan rumah besar & cantik….

Nak kereta mahal dan mewah…. Nak pakaian yang bergaya… Nak diri kita segak dipandang..

TAPI pernah kahkita bertanya..!!

Kenapa ibadah kita tidak cantik? Kenapa ibadah kita tidak wangi?

Kenapa ibadat kita tidak sedap dan lazat? Jawapannya adalah… kerana kita hanya cinta dunia tidak cinta akhirat dan kita kasihkan Allah dengan tidak sepenuh hati Astaghfirullah al a’zim

Ust Md Ali Jamil 14 Zulhijah 1438H 5 September 2017 Selasa (8.30 a.m)