Home Berita PAS Selangor

Rentas negeri yang memudaratkan diri dan negara – PAS Kawasan Kuala Langat

112
SHARE

May be an image of text that says "TRD TROI.MY BOTLAN Fakrusy Syakirin Ahmad Sabri 90 Positif Akibat Rentas Negeri, Daerah Sambut Aidilfitri"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Langat | Untuk negara kita mencapai kemenangan menetang wabak COVID-19 kita perlu banyak bersabar kerana sebuah kemenangan tidak akan hadir tanpa usaha.

Oleh itu, kita rakyat Malaysia harus berganding bahu bersama dengan para frontliners dan kerajaan dalam haluan kita untuk memutuskan rantaian COVID-19, iaitu dengan cara bersabar daripada balik ke kampung, ziarah-menziarahi dan sebagainya.

PAS Kawasan Kuala Langat menegaskan dengan sekerasnya dalam satu kenyataan khususnya kepada mereka yang tidak berfikiran rasional dan mementingkan diri sendiri, “Kerajaan dah larang, Mufti dah larang. Jangan rentas negeri. Berbakul-bakul kalian maki kepada kerajaan. Bermacam-macam tipu muslihat kalian buat untuk rentas negeri demi memuaskan nafsu penting diri untuk berjumpa ibu bapa di desa. Sekarang apa dah jadi. Banyak kes anak-anak balik raya dan ibu bapa mereka dijangkiti virus COVID-19 dan terus meninggalkan dunia ini”.

“Oleh itu, perasaan ingin rentas negeri dan pulang ke kampung halaman haruslah di letak tepi demi kebaikan dan kemaslahatan keluarga kita sendiri” sambung kenyataan PAS Kawasan Kuala Langat lagi.

Semoga Allah melindungi kita semua dan para frontliners negara dan mengangkat wabak Covid-19 ini InshaAllah.

” Kita mesti menang! ”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor