Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Muhamad Hakimi Hussain
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya
Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya (DPPK PJ), menyambut baik keputusan kebenaran rentas negeri yang diumumkun oleh Perdana Menteri semalam. Ianya sedikit sebanyak menjawab teka teki bilakah perkara itu akan dilaksanakan.
Semenjak PKP dilaksanakan para perantau yang berhijrah dari tanah kelahiran terpaksa menanggung kerinduan kepada ibu, ayah dan keluarga kerana terpaksa berjauhan untuk tempoh masa yang panjang. Ianya disebabkan larangan rentas negeri yang dilaksanakan oleh kerajaan berikutan angka jangkitan Covid-19 semakin meningkat.
Berikutan kebenaran rentas negeri yang diumumkan semalam yang bermula pada hari ini 11 Oktober 2021, pihak DPPK PJ mengingatkan kepada seluruh perantau dan rakyat yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri agar melakukannya dengan berhemah dan memikirkan keselematan dan kesihatan orang tersayang dan masyarakat setempat.
Kami mencadangkan agar sebelum melakukan perjalan rentas negeri agar memastikan seluruh keluarga sudah pun melengkapkan dua dos vaksinansi serta berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang simptom berkaitan penyakit ini.
Kedua, pastikan memandu dengan berhemah serta tidak tergesa-gesa untuk cepat sampai ke kampung halaman atau tempat percutian kerana Islam mementingkan keselamatan diri daripada sebarang kecelakaan. Ingatlah yang tersayang serta pandulah dengan cermat.
Semoga dengan keputusan yang menggembirakan ini dapat meredakan sedikit sebanyak tekanan dalam menanggung kerinduan terhadap ibu, ayah serta keluarga.
12 Oktober 2021 | 5 Rabiul Awal 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor