Home Berita PAS Terengganu

‘Renjer Basong’, Tangani Konflik Gajah Liar

6
SHARE

KUALA TERENGGANU-Kerajaan PAS Terengganu mengambil langkah proaktif menubuhkan Pasukan Renjer Basong dan mewujudkan ‘bank makanan’ khas menangani konflik antara manusia dan gajah liar.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Dr Azman Ibrahim, berkata penubuhan Pasukan khas itu sebagai inisiatif strategik sebagai usaha penting bagi menangani ancaman pencerobohan mamalia tersebut di kawasan ‘titik panas’.

“Pasukan ini berperanan melakukan rondaan awal di kawasan laluan gajah dan akan terus merujuk kepada pihak PERHILITAN sekiranya berlaku serangan atau gangguan.

“Langkah ini adalah pendekatan segera yang melibatkan komuniti setempat secara langsung,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan, Komiditi dan Luat Bandar negeri berkata demikian pada sesi soalan lisan, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, semalam.

Operasi rondaan bersepadu itu juga menurutnya, akan dilaksanakan secara berkala jika terdapat kehadiran kumpulan gajah yang memasuki kawasan penempatan.

Selain itu, kata beliau, langkah mitigasi jangka panjang melalui pewujudan bank makanan (Food Bank) untuk gajah

“menanam rumput napier di kawasan yang telah dibalak dan terjejas serta kawasan sempadan ladang turut diperkenalkan.

“Inisiatif ini bertujuan menggalakkan gajah kekal di habitat asal mereka dan mengurangkan konflik dengan manusia, khususnya pekebun dan penduduk kampung,” jelasnya.