Home Rencana PAS Pahang

RENCANA | Kenali nanas MD2

1780
SHARE

Oleh: KHAIRUL IZWAN

Nanas (Ananas comosus) atau nenas, merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika dikelaskan daripada keluarga Bromeliaceae.

Khasiat buah nanas yang didakwa mampu memberikan impak kesihatan membolehkan buah nanas segar semakin mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan.

Nanas MD2 merupakan satu variasi nanas yang semakin popular ditanam untuk pasaran domestik dan juga eksport.

Sejarah nanas MD2 mula dikaji proses pembiakannya di Institut Penyelidikan Nanas di Hawai pada tahun 1960’an.

Bagaimana pun hanya pada tahun 1981 nanas MD2 telah dihasilkan dan kemudian dikomersilkan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang amat dikehendaki oleh pasaran antarabangsa.

Nanas variasi MD2 yang dinamakan sebagai Millie Dilard sempena nama isteri orang berkepentingan ini kekal sehingga hari ini sebagai salah satu nanas premium untuk dikomersilkan.

Keistimewaan nanas MD2 memiliki tahap kemanisan yang tinggi dengan warna kuning keemasan yang menyerlah. Kulit buah nanas ini akan berwarna kekuningan emas apabila cukup masak.

Apa yang penting mengenai bentuk buah nanas MD2 adalah bentuk fizikal buahnya yang selindar bersaiz daripada sederhana besar kepada saiz besar.

Nanas MD2 biasanya memerlukan masa sekitar 14 bulan daripada waktu menanam sehingga sesuai untuk dituai.

Buah yang masak akan mempunyai isi pulpa lebih manis dan lebih kompleks, kurang kandungan serat dan mengandungi 4 kali lebih banyak vitamin C daripada nanas biasa dan kurang keasidannya.