Home Berita PAS Terengganu

Remajakan assabiqun bukan umurnya tapi kerjanya

58
SHARE

MARANG – Golongan veteran PAS (Assabigun) diseru agar meremajakan kerja buat dalam perjuangan bukannya memberikan alasan umur yang sudah tua.

Timbalan Pengerusi Sidang As-Sabiqun Pusat, Ustaz Ismail Mahamed berkata perjuangan ini menjadi tapak untuk mereka bergerak selagi kemampuan yang Allah SWT kurniakan.

“Kita meletakkan keyakinan perjuangan ini sampai ke tahap ini. sebab itu kita tidak timbul masalah letih, masalah kurang sihat dan apa jua yang menganggu perjuangan ini,

“PAS telah mentarbiah kita dalam sudut ibadah, tidak mengabaikan solat menjaga akhlak dan mudah memberi infak,

“walaupun di usia sebegini mesyuarat setiap bulan, As-Sabiqun boleh pergi, mana kekuatan yang dia dapat, Allah pilih kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan AS-Sabiqun 2.0 di Dewan Tok Guru, Rusila di sini semalam.

Tambahnya lagi, sebagaimana berlaku kepada sahabat Nabi Muhammad SAW, apakah Khalid Ibnu Walid tidak dapat syahid sebab meninggal diatas katil.

“Dia tidak dapat ke, dia dapat sebab dia berada di dalam kelompok perjuangan Islam, itulah kita, rebah dimana, bangun dimana dan berkubur dimana itu bukan persoalannya?, jelasnya.

Menurutnya, himpunan tersebut diadakan untuk melahirkan generasi yang akan menyambung perjalanan yang telah di lorongkan dengan segala pengorbanan As-Sabiqun.

“Pada hari ini dari jauh datang, semoga pertemuan ini menjadikan kita masih kuat dan berkeyakinan yang sungguh – sungguh, tiada pilihan yang lain hasil daripada tarbiah dalam PAS yang telah mengubah hidup kita daripada jauh dengan agama Allah,

“Akhirnya kita dipilih menjadi pejuang untuk menegakkan agama Allah di muka bumi Malaysia, insya-Allah.” tegas beliau.