Rehlah Ukhwah JAMNS Bentuk Keluarga Fardhu Muslim – “Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Program Rehlah Ukhwah atau Hari Keluarga Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor diraikan dengan penuh ukhwah dan banyak pengisian melalui kalam taujihat yang disampaikan oleh Ustaz Hanafi Zulkapli, Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor di Majlis Penutup Rehlah semalam.
Dalam ucapan penutup beliau menyentuh soal penghayatan Fardhu Muslim yang perlu dipupuk kepada anak-anak ahli jemaah semenjak kecil lagi agar dapat kita bina sebuah keluarga yang paham mengenai perjuangan ayah dan ibu mereka di dalam jemaah PAS ini.
Penerapan akidah yang betul dan ibadah yang shahih serta akhlak yang kukuh menjadi asas kepada pembentukan sebuah keluarga Muslim yang hebat, dan keluarga anggota Amal pertama yang perlu ada ciri-ciri tersebut agar perjuangan ini mempunyai kesinambungan pelapis yang kuat dikalangan ahli keluarga sendiri.
Program Rehlah kali ini dipimpin oleh Unit Zaujah JAMNS dengan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja menguji keluarga dan peserta dari sudut jasmani malah intelektual dalam berfikir dalam setiap tugasan yang diberikan.
Selain merapatkan ukhwah dan saling mengenali antara keluarga dikalangan pimpinan dan pegawai Amal Negeri, program ini juga dijadikan sebagai wadah mendidik anak-anak mengenai pengurusan diri dan pengurusan waktu apabila semua anak diletakkan didalam satu dorm dan diajar berdikari menguruskan diri sendiri sepanjang program.
Semoga program ini dapat diteruskan oleh pimpinan JAMNS akan datang dalam meneruskan kesenibungan membentuk keluarga Fardhu Muslim.
4 Oktober 2021 | 27 Safar 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#KitaJagaKita
#IslamTolakFitnah
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#BeramalKeranaAllah
#JabatanAmalMalaysia
#JabatanAmalMalaysiaNegeriSelangor