Home Berita PAS Pahang

Rehlah mengeratkan ukhuwah muslimat Bentong

98
SHARE

Oleh : NUR ROY

BENTONG, 14 Feb – Program rehlah menjadi pencetus kepada perjumpaan di masa akan datang bagi mengeratkan ukhuwah antara Ahli Jawatankusa Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Bentong dan semua Ahli Jawatankuasa Muslimat Cawangan (JMC) dalam kawasan Bentong.

Begitulah antara ucapan Ketua Muslimat DMPK Bentong Yusma Yusof ketika memberi ucapan aluan dalam program Rehlah DMPK Bentong di salah sebuah homestay di Felda Lurah Bilut di sini kelmarin.

Tambah Yusma, program dalaman ini dapat menambahkan lagi kefahaman mengenai gerak kerja yang dirancang di samping dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk memantapkan lagi persediaan untuk menghadapi pilihan raya ke-16 nanti.

Program dimuatkan juga dengan pemberian sagu hati Prestasi Cemerlang kepada Setiausaha DMPK Bentong Noraniza Mohd Jaafar dan juga pertukaran hadiah di kalangan muslimat yang hadir.