Home Berita PAS Selangor

Rayuan kecemasan hospital COVID-19 – Pengurus Operasi KMN Selangor

8
SHARE

May be an image of ‎text that says "‎AMAL அ رخیوایر_ایراور RAYUAN KECEMASAN HOSPITAL COVID19 SasarahRM800,000 AKHIR KUTIPAN 31 JULAI 2021 TARIKH SYRINGE PUMP SET 100 UNIT RM5000 =RM500,000 OXYGEN CONCENTRATOR 30 UNIT RM3000 =RM90,000 CARDIAC MONITOR, BLOOD PRESSURE OXYMETER SET 30 UNIT RM7000 =RM210,000 5641 6444 3305 PERTUBUHAN AMAL PERUBATAN IBNU SINA CAWANGAN SELANGOR (MAYBANK) DR SYAFINAZ 019 983 2625 DR ZURIATI 019 204 9434 ttps://bayarr.my/ papismaselangor/covid-19 5530 1012 2090 YAYASAN AMAL MALAYSIA (MAYBANK) AZRI ARISH 019 384 3962 https://amalselangor form/prihatinpandemik‎"‎

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

Rayuan Kecemasan ini bukan menunjukan atau berniat menggambarkan “Kerajaan Gagal”. Tetapi sebaliknya pihak kami sendiri dari Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Yayasan Amal Selangor dan PAPISMA Selangor mengambil inisiatif kami sendiri untuk membantu Hospital-hospital di Selangor.
Kami dimaklumkan bahawa Hospital sangat memerlukan peralatan-peralatan ini dengan segera kerana wad ICU berhadapan pertambahan pesakit covid tahap 4 dan 5 yang mana hampir semua hospital kerajaan di Selangor memerlukannya.

Sudah banyak sumbangan daripada rakyat melalui pihak NGO telah kami sumbangkan kepada Hospital-hospital seluruh Selangor termasuk PPE, laptop, oxygen concentrator, katil hospital, malah bantal selimut juga kami sumbangkan tanda keprihatinan rakyat membantu Frontliner Negara, bukan sebab Kerajaan Gagal.

Inilah ruang kami semua rakyat Malaysia untuk membantu Kerajaan menyatakan sokongan kami kepada Petugas Barisan Hadapan Negara, juga sebagai nilai tambah amalan kami di dunia buat bekalan di akhirat nanti.

Pihak kami sangat dukacita apabila sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengunakan poster kami ini untuk menggambarkan “kerajaan gagal” sedangkan niat kami semua adalah ikhlas untuk membantu rakyat dan Negara ini.

Kami mohon usah dipolitikkan lagi usaha kami ini, cukuplah apa yang sudah berlaku semua ini, hanya kerana mahu berpolimik habis hubungan sesama manusia kita diketepikan.

Sumbangan masih dibuka untuk 5 hari ini, Insya Allah kita bantu semampu kita.

28 Julai 2021 | 18 Zulhijjah 1442

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor