Home Berita PAS Selangor

Rayuan infaq & sumbangan kewangan bagi keperluan frontliner PKP 3.0 – Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor

165
SHARE

May be an image of 2 people and text

INFO Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor Us Noor Najhan Mohd Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kapar | Sudah lebih satu tahun sejak negara dilanda virus COVID-19. Ekonomi negara telah terjejas dengan teruk. Tidak lupa juga kepada para frontliners yang bertukus lumus memikul amanah negara. Mungkin ada diantara mereka yang tidak berehat dan pulang ke rumah.

Akibat kes COVID-19 baru-baru ini yang meningkat secara mendadak, kerajaan terpaksa mengambil inisiatif “Total Lockdown” secara menyeluruh di seluruh negara berikutan kes yang terlalu tinggi.

Memetik kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor Ustaz Hj Noor Najhan Muhammad Salleh yang juga merupakan Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor menyatakan, Task Force Khidmat Malaysia Negeri SELANGOR 2.0 bersama beberapa NGO sedang berusaha untuk mengumpulkan dana bagi membantu pejuang barisan hadapan negara yang berhadapan dengan Wabak COVID-19. Justeru, kami merayu sumbangan Tuan/Puan untuk sama-sama menjayakan usaha ini.

Sumbangan kewangan, boleh disalurkan ke Akaun berikut :

Akaun : Pertubuhan Sahabat Sihat Selangor
Nama Bank : Maybank Islamic Berhad
No. Akaun : 5642 0350 9641

Akaun : Unit Amal Selangor
Nama Bank : Bank Islam (M) Bhd
No. Akaun : 1201-0010035-43-4

Beliau turut menyatakan jutaan terima kasih kepada para penyumbang, Dato/Datin/Tuan/Puan sekalian. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki buat Dato/Datin/Tuan/Puan sekalian dan juga dengan usaha ganding bahu kita semua dalam membantu para frontliners negara ini dapat menjurus kepada kemenangan negara kita sendiri dalam melawan wabak COVID-19 ini InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor