Home Berita PAS Terengganu

Rayu bantuan orang ramai

77
SHARE

Oleh: Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, PAS Hulu Terengganu memerlukan sumbangan dan bantuan barangan keperluan atau sumbangan kewangan daripada orang ramai untuk membantu oenduduk yang terjejas banjir.

Ketua Pemuda PAS Kawasan itu, Ustaz Hamdi Harun berkata, antara diperlukan ialah makanan, pakaian, toto, tuala wanita dan sumbangan wang tunai.

“barangan dan wang yang diterima akan dibahagikan kepada mereka yang terlibat dalam bencana alam ini.

“Kami sangat menaluk-alukan mereka yang nak beri sumbangan.” Teegasnya

Beliau berkata demikian ketika di temui di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Telemong yang menjadi lokasi tempat pusat pengumpulan barang bantuan banjir, di sini , pada semalam.

Justeru beliau mengucapkan erima kasih kepada yang telah dan yang akan menyumbang.

Menurutnya, tiga DUN yang berada dalam parlimen Hulu Terengganu yang terlibat banjir iaitu DUN Telemong, Ajil dan Kuala Berang.

Beliau menambah, keseluruhan yang terkesan bajir di DUN Telemong sahaja lebih 2000 ribu orang, tidak termasuk jumlah mangsa dari DUN lain.

“Yang paling kritikal DUN Ajil tapi kita belum dapat sepenuhnya maklumat berapa senarai sekarang ini dan untuk DUN Telemong setakat ini seluruh Pusat Perpindahan Sementara (PPS) ialah 20 semua.

“DUN Ajil masih lagi dalam orang panggil tengah wat kira-lagi lagi sebabnya kira baru boleh berhubung ke sana seawal pagi hari ini.

“kita masih menunggu maklum balas daripada DUN Ajil dan untuk hari ini di DUN Telemong tempat tak boleh masuk hari ini kita dah boleh hantar.” jelasnya.

Katanya, penduduk di Tersat paling sukar masalahnya kerana terputus bekalan air dan elektrik.

Beliau juga berterima kasih kepada Muslimat kerana telah menghantar makanan tengahari dan malam sebantak 2000 pek kepada penduduk di PPS.

“Insya Allah lepas pada ini kita harapkan peringkat muslimin, muslimat dan pemuda serta Ameerah kita bersedia untuk bersihkan,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau berharap kepada semua sukarelawan yang akan membersihkan kawasan dilanda banjir agar terus menjaga keselamatan diri.

“Kita harapkan semua mangsa banjir dan juga mereka yang akan membantu magsa banjir kita jaga dari segi kelengkapan kita untuk sesi nak bantu untuk bersih.

“Kalau kita lihat air tengah kering banyak kuman dan sebagainya berbeza dengan air tengah ngalir. Habis ini sudah tentu kuman-kuman yang ada ini.

“Kita harapkan orang yang nak mari jaga kelengkapan untuk nak bersih pakai kasut bot, sarung tangan dan sebagainya,” tambah Hamdi lagi.