Home Berita PAS Terengganu

Rasulullah model guru unggul

31
SHARE

KUALA TERENGGANU – Nabi Muhammad, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam.

Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata,, Hari Guru disambut setiap tahun bagi meraikan jasa mereka mendidik masyarakat dengan ilmu.

“Guru adalah cahaya yang menerangi lorong kegelapan.

” Pendidik bukan hanya menyampaikan ilmu yang bermanfaat tetapi membentuk peribadi anak-anak murid dengan akhlak mulia mengikut acuan yang betul.” jelasnya

Beliau berkata demikian dalam Perutusannya melalui laman sosial rasmi, sempena sambutan Hari Guru, hari ini.

Beliau menambah, sejarah tamadun Islam dibina di bumi kering kontang, namun akhirnya menjadi tamadun yang berpengaruh kerana modal insan generasi awal dibentuk di atas asas keimanan yang kukuh.

“Saya mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik.

“Semoga terus komited dalam membangunkan agenda pendidikan kepada anak-anak muda yang merupakan masa depan negara.” katanya