Home Berita PAS Terengganu

Ramai terkejut bil hospital percuma

574
SHARE

BESUT – Tular di media sosial satu video daripada TikTok Ameerah Kawasan Besut berkaitan bil pesakit wad kelas 3 hospital kerajaan yang ditanggung kerajaan negeri.

Video itu mendapat reaksi positif daripada kalangan rakyat Terengganu hingga meraih 906,500 ribu tontonan, 46,500 tanda suka dan 4,995 perkongsian setakat semalam.

Menurut perkongsian itu, seorang individu terkejut selepas dimaklumkan pihak hospital bahawa kos rawatan bersalin isterinya adalah percuma dan ia ditanggung kerajaan Terengganu.

Menerusi pendedahan tersebut, rata-rata pengguna media sosial juga berkongsi pengalaman sama dan meluahkan keterujaan dengan keistimewaan yang dinikmati oleh rakyat Negeri Terengganu sejak pelaksanaan manifesto pada Julai 2021.

Pengguna Tiktok yang bernama Ejiey berkata dia terharu dan bersyukur kerana ibunya dapat menikmati manfaat dan rawatan percuma.

“Mak saya, bulan lepas ‘operate’ kaki, seminggu dalam wad. Tiba masa nak keluar bayar bil, diorang cakap kerajaan negeri tanggung, alhamdulillah,” jelasnya pengguna TikTok di ruangan komen video terbabit semalam.

Sementara, seorang pengguna TikTok, Nurfuzaemy turut meninggalkan komen menyatakan rakyat Terengganu beruntung berada di bawah pemerintahan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Untung la orang Terengganu. Kekalkan Menteri Besar sekarang. Kalau ubah umpama menolak tuah di depan mata,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, keistimewaan yang dirasai oleh rakyat Terengganu turut meraih perhatian rakyat luar Terengganu,

“Terbaiklah kerajaan Terengganu, saya rakyat Sabah ‘respect’. Tahniah anda ada pemimpin yang baik,” katanya.