*Ramadhan Dihayati, Al-Qadr Dirindui*
Saf kepimpinan PAS Kawasan Titiwangsa mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan *Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1441H*.
Walaupun Ramadhan kali ini hadir disaat dunia dilanda wabak Covid-19, namun ibadah puasa mestilah diteruskan dengan penuh kesungguhan.
Ambillah peluang ini untuk perbanyakkan amalan sunat seperti membaca Al-Quran, bersedekah, berqiamulail dan pelbagai lagi. Di samping itu, amalan wajib juga mestilah ditingkatkan kualitinya. Mudah-mudahan, kita ditemukan dengan malam Al-Qadr, malam penuh kemuliaan dan lebih baik daripada 1000 bulan.
PAS Kawasan Titiwangsa ingin mengajak seluruh muslimin dan muslimat, marilah kita melaksanakan solat hajat mengambil keberkatan Ramadhan agar Allah berikan kita keampunan dan kekuatan menghadapi ujian ini.
Akhir kata, semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita semua.
أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ لِلَّهِ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ
Maksudnya: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang merupakan suatu bulan yang diberkati. Allah telah memfardhukan atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitaan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapatnya satu malam yang lebih