Oleh : ROSLINA NOR
LUMUT, PAS Kawasan Lumut hari ini berkesempatan mengunjungi beberapa buah rumah Program Perumahan Rakyat Miskin (PPRT) di Kampung Semarak Kayan, Sitiawan di sini hari ini.
Program dibawah seliaan Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Desa Semarak, Shaiful Adlie Ramli telah membawa rombongan PAS ke rumah untuk menyampaikan sumbangan.
Menurut Shaiful, kebanyakan penduduk yang tinggal di sini merupakan golongan yang perlu dibantu kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan ada yang bergantung harap pada anak-anak yang bekerja bagi membantu sumber kewangan dalam menjalani kehidupan seharian.
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Lumut merangkap Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 15, Habibah Rasdi mengetuai program tersebut berharap barangan dan sedikit wang diberi saat menyambut Aidilfitri beberapa hari lagi ini dapat meringankan dan menggembirakan penerima.
Turut hadir bersama Ahli Majlis Perbandaran Zon 8, Hamidun Ahmad merangkap Setiausaha PAS Kawasan Lumut.