Home Artikel PAS Selangor

Rakyat usah terpengaruh momokan takut pada PAS

65 views
SHARE

BANGI: Rakyat tidak perlu terpengaruh dengan momokan yang memburukkan hingga merasa takut kepada PAS, sebaliknya diseru melihat pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu.

Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, pemerintahan di kedua negeri itu mesti dilihat sebagai bukti nyata layanan PAS kepada rakyat seluruhnya.

Jelas beliau, PAS yang juga pernah mentadbir negeri Kedah sama sekali tidak pernah menzalimi rakyat, bahkan membuat tindakan atas pertimbangan dosa dan pahala.

Terang beliau, pemerintahan PAS di Kelantan telah berlangsung sejak tahun 1990, manakala Terengganu sudah berjaya menunaikan 20 manifesto yang PAS janjikan dalam masa kurang dua tahun.

Beliau menyeru rakyat terus memberi sokongan kepada PAS untuk membina kehidupan aman damai di bumi bertuah Malaysia dengan pemerintahan berteraskan Islam.

Menurutnya, rakyat juga turut bersama bertanggungjawab untuk menyatakan pandangan dan kebenaran kepada kerajaan sekiranya terdapat sebarang kepincangan dalam urus tadbir