Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh
Oleh : Umar Al-Hayawi
SUNGAI BULOH, 25 Julai – Cuaca yang redup menyinari suasana pagi di P107 Sungai Buloh. Dikesempatan ini, baik Pemuda, Muslimat mahupun Task Force PAS Kawasan Sungai Buloh telah berbahagi tugas untuk turun membantu masyarakat.

PAS Kawasan Sungai Buloh terus menjejak masyarakat yang benar-benar terkesan untuk dibantu. Usaha-usaha ini diketuai sendiri oleh YDP PAS Kawasan Sungai Buloh, Ust Zaharudin Mohamad dengan pasukannya. “Kami cuba membantu anda seadanya”, ujar beliau.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor