Home Berita PAS Terengganu

Rakyat Terengganu ‘Healing’ di Majlis Ilmu

9
SHARE

MARANG – Tidak keterlaluan jika dikatakan cara rakyat Terengganu ‘healing’ di hujung minggu adalah dengan menghadiri majlis ilmu.

Rekod membuktikan ribuan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai golongan pasti membanjiri program ilmu apatah lagi ia menampilkan pendakwah hebat.

Itu yang berlaku ketika Bicara Santai Murabbi yang berlangsung di Rusila kelmarin.

Program berkenaan yang dibarisi Mantan Naib Pengerusi Kesatuan Islam Sedunia, Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta dua pndakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar dan Ustaz Azhar Idrus.

Dalam program itu, Ustaz Azhar Idrus menyampaikan beberapa nasihat.

Katanya, apabila manusia ingin melakukan kebaikan, pasti akan ada halangan.

“Banyak halangan, memanglah sebab kita hidup dalam dunia ini kita kena faham ada dua jalan iaitu jalan yang baik dan jalan yang tak baik.

“Kadang-kadang kita jumpa dengan benda yang baik, kadang jumpa dengan benda yang tidak baik, kadang-kadang kita dapat apa yang kita suka, kadang-kadang kita dapat apa yang kita tak suka, kerana kita duduk di dalam tempat ujian iaitu kita sedang diuji.

“Siapa yang kasih kepada kita, dia tak halang kita buat baik, siapa yang halang kita buat baik, dia musuh kita, sebab tujuan kita hidup untuk memilih jalan pulang dengan beramal soleh,” ujar beliau ketika menjadi panel bersama Ustaz Wadi.

Katanya lagi, dalam dunia ada empat musuh iaitu dunia, manusia, syaitan dan hawa nafsu.