Home Kenyataan Media PAS Selangor

Rakyat Selangor Kesal Pendakwaan Terpilih Terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin

867
SHARE

PAS Negeri Selangor menyatakan solidariti ke atas TSMY yang ditahan oleh SPRM yang akan didakwa di Mahkamah pagi ini berkaitan isu-isu yang melibatkan peniaga Melayu dan Bumiputera melalui inisiatif Jana Wibawa dan pengecualian cukai khas terhadap Yayasan Al-Bukhary.

Pendakwaan ini dilihat dilakukan secara tergesa-gesa selari dengan naratif “hoi ya hoi disebelah sana” yang sentiasa dimainkan oleh PM ketika pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2023 dengan tujuan utama untuk mengekang suara oposisi dan menjejaskan reputasi PERIKATAN NASIONAL sebelum PRU Negeri ke 15 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

PAS Selangor mendokong prinsip kedaulatan undang-undang Negara dan yakin bahawa pihak berwajib berhak menyiasat mengikut undang-undang negara, namun kuasa tersebut mesti dilaksanakan dengan suci hati dan hanya dalam kes tulen (collateral purposes) bukannya berpilih-pilih atas agenda dan kepentingan politik.

PAS dan rakan-rakannya di Selangor komited mendukung budaya politik matang dan sejahtera, dan akan terus membela golongan yang dizalimi tanpa mengira ras dan agama.

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Jumaat 10 Mac 2023/ 17 Shaaban 1444H