Home Berita PAS Terengganu

Rakyat Sabah Digesa Contohi Warga Terengganu, Berani Buat Perubahan

2
SHARE

TAWAU – Rakyat Sabah digesa supaya mencontohi warga Terengganu yang berani membuat perubahan dengan memilih Perikanan Nasional (PN) menggantikan Barisan Nasional(BN) dalam Pilihan Raya Umum(PRU) ke 14.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT) Dato’ Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata PN yang telah memenangi 22 kerusi DUN dalam PRU itu dan dalam PRU 15, rakyat telah memberi seluruh kerusi 32 kerusi DUN serta juga lapan kerusi Parlimen.

“menjadikan Terengganu satu-satunya negeri peringkat DUN mahupun di peringkat Parlimen tanpa pembangkang.

“Sebab apa tuan-tuan sekalian, sebab apa tidak ada pembangkang, sebab kerajaan yang sedia ada telah mendengar hasrat, rintihan dan suara rakyat,

“kerajaan Terengganu melaksanakan keadilan seberapa yang mampu kepada seluruh rakyat dan inilah juga disebabkan kerana keberanian orang Terengganu untuk membuat pilihan dan berani mencuba,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Wakaf Mempelam itu berkata demikian dalam satu ceramah kelompok yang diadakan di Kuala Merotai di sini hari ini.

Justeru beliau mengajak kepada semua warga khususnya di Kuala Merotai untuk berani dan tidak takut membuat perubahan.

“Orang yang berjaya adalah mereka yang berani buat perubahan, berani berhijrah, kita cuba buat perubahan kali ini untuk mencegah kita cuba

Menurutnya, Calon nombor dua N72, DUN Merotai, Hassan Haris seorang berwibawa, mempunyai karier yang cukup menyakinkan, pengalaman yang baik dan latar belakang yang hebat.

“Ini adalah peluang kepada rakyat Merotai untuk membuat perubahan, kita bagi peluang sekali kepada Saudara Hassan Haris, boleh atau tidak?

“Insya-Allah , pada 29 hari bulan November nanti kita semua akan keluar beramai-ramai, kita pilihlah calon Perikatan Nasional di DUN Merotai N72, calon nombor dua, Saudara Hassan Harris.

“Peluang yang kita bagi ini, dia menang kalau terbukti selepas ini dia gagal untuk melaksanakan kewajipan dia, kita tolak dia, kita pilih orang lain pulak, mudah dok begitu, tersangat mudah,” katanya.