Oleh : YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
Bekalan air akan mula disalur apabila bacaan cecah 0 TON?
Bacaan sumber air mentah 0 TON dimuka sauk baru lah LRA mula operasi dan perlu kolam imbangan distabilkan sebelum air disalurkan!
Rakyat sudah letih carilah kaedah air masih boleh keluar melalui pili Tak perlu nak angkat lagi. Sangat simpati kepada yang ada keterbatasan untuk menangkat air.
Kerajaan boleh tumpu baikpulih 134 kolam air yang tidak aktif selepas diambil alih oleh air selangor walaupun mungkin hanya menyelesaikan sebahagian kawasan yang terjejas.
Negeri Selangor ada 1377 buah kolam air yang berkapasiti 5,353.7 JL, iaitu lebih dari pengeluaran LRA sediada yang berada di 4,930.76 JL tetapi tidak meliputi semua kawasan perumahan.
Kerajaan negeri bolehlah membina tambahan lagi kolam air (elevated water tank) di kawasan yang perlu dan segera kan lah baikpulih 134 kolam air yang tidak berfungsi.
Tambahkan lagi tangki statik di kawasan tertentu yang berkepadatan penduduk tinggi.
YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
ADUN Sijangkang
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor