Oleh : Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Marilah kita ambil sejenak waktu memikirkan keletihan yang dialami oleh barisan hadapan (frontliners) pada waktu ini dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19.
Para doktor dan jururawat yang pucat lesi wajahnya bekerja bertungkus-lumus demi merawat pesakit yang telah disahkan positif Covid-19 serta membuat ujian saringan kepada mereka yang disyaki memiliki kontak rapat dengan mereka yang positif.
Pihak polis dan tentera yang bersengkang waktu berjaga setiap masa sampai merah mata semata-mata untuk menjaga rakyat di kawasan yang diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diketatkan (PKPD).
Mereka inilah antara barisan hadapan utama negara kita. Kebajikan mereka perlu dijaga dan diutamakan.
Marilah kita bersama-sama hentikan penularan wabak Covid-19.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor