Home Berita PAS Terengganu

Rakyat akan hukum umno sekali lagi

13
SHARE

KUALA TERENGGANU – Rakyat sekali lagi akan menghukum Umno pada Pilihan Raya DUN Negeri Terengganu ke-15 setelah mereka melakukannya pada PRU15..sehingga parti itu

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang berkata, kemenangan sapu bersih kesemua kerusi parlimen, sehingga Umno terpaksa sujud kepada DAP di peringkat persekutuan.

Menurut beliau, penyatuan Melayu Islam, PAS, Umno dan BERSATU berjaya membentuk kerajaan pusat pada penggal lalu.

“Hasil dari gabungan tenaga penyatuan ummah, bangsa dan agama Islam demi negara tercinta, dalam perikatan Nasional,

“Tetapi tiba-tiba mari pilihan raya Parlimen mereka (Umno) keluar daripada Perikatan Nasional dan dalam PRU14 rakyat menghukum mereka sehingga Umno kalah teruk dan terpaksa bersujud kepada DAP untuk membentuk kerajaan,” tempelaknya.


.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pengumuman Calon PAS Perikatan Nasional Pilihan Raya DUN Negeri Terengganu ke -15 di Dewan Tok Guru, Rusila di sini pada 27 Julai.

Tambahnya, sejarah tersebut harus menjadi ingatan dan penyuntik semangat untuk ahlli dan penyokong PAS terus bekerja.

“Kita mesti berusaha sepenuh tenaga serta hati sebagai jaminan untuk kita mencapai kejayaan dalam pilihan raya yang akan datang,

“Kita perlu mempertahankan 22 kerusi yang dimenangi pada 8 Mei 2018 dalam PRU14 dan juga merampas 10 kerusi lagi yang menjadi genggaman UMNO untuk menjadikan PAS menang 32 -0, ” teganya.